ppd2.jpg

Falsafah Dan Objektif

Utama
Keterangan Logo
Misi Dan Visi
Kakitangan
Kakitangan
Kakitangan
Piagam Pelanggan
Falsafah Dan Objektif
Program Tahunan
Aktiviti

FALSAFAH
 
Satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
 
OKJEKTIF
 
- Sebagai Model Kepimpinan untuk daerah serta mempertingkatkan taraf
   profesionalisme dikalangan pegawai, pengetua, guru besar, guru-guru serta
   staf sokongan warga pendidikan.
 
- Melaksanakan 'Empowerment' dan 'Decentralisation' secara cekap dan
   berkesan.
 
- Melaksanakan dasar-dasar PPD sebagai Pusat Tanggungjawab supaya
   pengurusan kewangan lebih efisyen, cepat dan teratur.
 
- Melaksanakan pemantauan sekolah secara tepat dan cepat kearah
   mewujudkan sekolah-sekolah berwatak yang berkualiti dan boleh dicontohi.
 
- Memastikan semua sekolah-sekolah di Daerah Kuala Pilah dapat menyubur
  dan memperkembangkan potensi diri pelajar yang seimbang dari segi
  jasmani, emosi, rohani dan intelek.
 
FUNGSI PPDKP
 
- Memberi perkhidmatan dan kepimpinan ikhtisas kepada guru-guru
- Menyelia, membimbing dan mendorong guru dalam amalan pengajaran dan
   pembelajaran di sekolah
- Menjalankan program kemajuan staf untuk warga pendidik dan staf
   sokongan
- Menjalin pemuafakatan dan perkongsian bestari dengan pelbagai pihak
  diperingkat tempatan bagi kemajuan pendidikan peringkat daerah
- Menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan pendidikan
  di peringkat daerah
- Menjalankan kajian dan penilaian serta menyediakan laporan secara
   menyeluruh dan berterusan terhadap perlaksanaan program pendidikan di
   peringkat daerah
- Mengkoordinasikan maklumat berkenaan kemajuan pendidikan peringkat
  daerah dan menyalurkan kepada pihak-pihak berkenaan
- Memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah di daerah ini
  dikendalikan mengikut peraturan, prosedur dan tatacara Kementerian
   Pelajaran Malaysia, Perbendaharaan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
- Menjadikan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) sebagai strategi utama
  dalam pembentukan iklim sekolah yang kondusif bagi pengajaran dan
   pembelajaran
- Membimbing dan membantu sekolah menguruskan kes-kes salahlaku pelajar
  serta membantu meningkatkan tahap disiplin pelajar
 
 

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA PILAH
72000 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL : PEJABAT AM 06-4821969 / FAX 06-4815160