Make your own free website on Tripod.com

ppd2.jpg

Bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah

Utama
Keterangan Logo
Misi Dan Visi
Kakitangan
Kakitangan
Kakitangan
Piagam Pelanggan
Falsafah Dan Objektif
Program Tahunan
Aktiviti

PIAGAM PELANGGAN
 
Kami, warga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah dengan penuh iltizam berjanji menyempurnakan tugas dan tanggungjawab bagi memberi perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan kami.
 
Ke arah itu, kami mengiktiraf hak pelanggan kami seperti berikut :-
 
- Menerima bantuan dan bimbingan berterusan
  secara profesional dan adil dalam 
  meningkatkan kualiti sekolah berkesan dari 
  segi pengurusan dan pelaksanaan kurikulum,
  pembangunan kemanusiaan dan pentadbiran.
 
- Mendapat maklumat yang tepat, lengkap, jelas
  dan terkini.
 
- Mendapat layanan mesra, adil dan saksama.
 
- Mendapat perkhidmatan yang cepat, cepat dan
  berkesan.
 
BUDAYA KERJA CEMERLANG
 
NILAI UTAMA
 
1. KEUTUHAN ( INTEGRITY)
 
    - Menjalankan tugas dengan penuh amanah dan rasa tanggung
      jawab
 
2. PRESTASI YANG BERMUTU
 
    - PPDKP mesti sentiasa melaksanakan kerja dengan menjadikan
      kualiti sebagai asas utama
 
NILAI SOKONGAN
 
1. BERORIENTASIKAN PELANGGAN
 
   - Sebagai organisasi yang bersifat perkhidmatan, pelanggan
     adalah menjadi keutamaan PPDKP
 
2. BERORIENTASIKAN KEMANUSIAAN
 
   - PPDKP sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni didalam
     menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan
 
3. INTELEKTUALISME
 
   - Sentiasa mempastikan tahap intelektualisme personel PPDKP
     berada pada tahap yang terbilang
 
4. PROFESIONALISME
 
   - Sentiasa mengekalkan tahap profesionalisme PPDKP pada
      tahap terbilang
 
5. DISIPLIN DIRI
 
   - Mempastikan disiplin sentiasa diamalkan semasa menjalankan
     tugas
 

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA PILAH
72000 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL : PEJABAT AM 06-4821969 / FAX 06-4815160