Make your own free website on Tripod.com

ppd3.jpg

Utama
Keterangan Logo
Misi Dan Visi
Kakitangan
Kakitangan
Kakitangan
Piagam Pelanggan
Falsafah Dan Objektif
Program Tahunan
Aktiviti

3dflagsdotcommalay2fagl.gif

MOTTO
 
'Menjiwai Kecemerlangan'

KATA - KATA ALUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA PILAH
 
    Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SAW atas kelapangan dan kesempatan waktu yang diberikan kepada warga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah untuk menyediakan Laman Web dan Perancangan Strategik Pejabat Pelajaran Kuala Pilah ini. Justeru, saya mengambil kesempatan melalui ruang dan peluang ini untuk mengucapkan tahniah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah kerana usaha dan komitmen jitu yang diberikan dalam penyediaan laman web dan dokumen perancangan ini.
 
   Saya berharap dengan terhasilnya laman web Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah ini, para pelanggan dapat menerima maklumat berkaitan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah secara langsung. Perancangan strategik yang dirangka pula dapat dijadikan panduan oleh pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah dalam melaksanakan bukan sahaja visi dan misi PPD bahkan juga dapat menonjolkan imej PPD Kuala Pilah sebagai PPD yang mantap dalam melahirkan pegawai yang proaktif, inivatif dan efektif.
 
   Semoga dengan terhasilnya laman web dan perancangan ini, warga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah terus berusaha meningkatkan perkhidmatan mereka selaras dengan moto Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan iaitu Terbilang Di Kalangan Terbaik dan mencapai hasrat pemimpin negara untuk menjadikan kita Cemerlang, Gemilang Terbilang
 
(HJ. Mat Rohani b. Kamar)
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah

SEJARAH AWAL PPD KUALA PILAH
 
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah (PPDKP) sebelum ini dikenali sebagai Pejabat Daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu (PPD-KPJJ) telah ditubuh pada tahun 1982 dengan tenaga kerja seramai 8 orang yang diketuai oleh Tuan Hj Razali bin Mahmud.
 
Penstrukturan semula Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara secara langsung melibatkan PPD-KPJJ. Pada 9hb Julai 2003, terbentuklah secara rasmi PPDKP yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah yang pertama iaitu En Mohd Yassin bin Mohd Yunus dengan tenaga kerja seramai 6 orang pegawai dan 28 orang staf sokongan.
 
Mulai 1 Januari 2004, PPDKP telah dilantik sebagai Pemungut untuk semua sekolah harian yang bertaraf PTJ dan bukan PTJ. PPDKP memulakan tanggungjawab pengurus kewangan pada 2 Mac 2004 setelah menerima waran peruntukan pertama daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
 
Motto PPDKP adalah MENJIWAI KECEMERLANGAN.

PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUALA PILAH
72000 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL : PEJABAT AM 06-4821969 / FAX 06-4815160