KATA - KATA ALUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA PILAH
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SAW
atas kelapangan dan kesempatan waktu yang diberikan kepada warga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah untuk menyediakan Laman
Web dan Perancangan Strategik Pejabat Pelajaran Kuala Pilah ini. Justeru, saya mengambil kesempatan melalui ruang dan peluang
ini untuk mengucapkan tahniah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah
kerana usaha dan komitmen jitu yang diberikan dalam penyediaan laman web dan dokumen perancangan ini.
Saya berharap dengan terhasilnya laman web Pejabat Pelajaran
Daerah Kuala Pilah ini, para pelanggan dapat menerima maklumat berkaitan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah secara
langsung. Perancangan strategik yang dirangka pula dapat dijadikan panduan oleh pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala
Pilah dalam melaksanakan bukan sahaja visi dan misi PPD bahkan juga dapat menonjolkan imej PPD Kuala Pilah sebagai PPD yang
mantap dalam melahirkan pegawai yang proaktif, inivatif dan efektif.
Semoga dengan terhasilnya laman web dan perancangan ini, warga
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah terus berusaha meningkatkan perkhidmatan mereka selaras dengan moto Jabatan Pelajaran
Negeri Sembilan iaitu Terbilang Di Kalangan Terbaik dan mencapai hasrat pemimpin negara untuk menjadikan kita Cemerlang, Gemilang
Terbilang
(HJ. Mat Rohani b. Kamar)
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah