FALSAFAH
Satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
OKJEKTIF
- Sebagai Model Kepimpinan untuk daerah serta mempertingkatkan taraf
profesionalisme dikalangan pegawai, pengetua, guru besar, guru-guru
serta
staf sokongan warga pendidikan.
- Melaksanakan 'Empowerment' dan 'Decentralisation' secara cekap dan
berkesan.
- Melaksanakan dasar-dasar PPD sebagai Pusat Tanggungjawab supaya
pengurusan kewangan lebih efisyen, cepat dan teratur.
- Melaksanakan pemantauan sekolah secara tepat dan cepat kearah
mewujudkan sekolah-sekolah berwatak yang berkualiti dan boleh
dicontohi.
- Memastikan semua sekolah-sekolah di Daerah Kuala Pilah dapat menyubur
dan memperkembangkan potensi diri pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
FUNGSI PPDKP
- Memberi perkhidmatan dan kepimpinan ikhtisas kepada guru-guru
- Menyelia, membimbing dan mendorong guru dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah
- Menjalankan program kemajuan staf untuk warga pendidik dan staf
sokongan
- Menjalin pemuafakatan dan perkongsian bestari dengan pelbagai pihak
diperingkat tempatan bagi kemajuan pendidikan peringkat daerah
- Menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan pendidikan
di peringkat daerah
- Menjalankan kajian dan penilaian serta menyediakan laporan secara
menyeluruh dan berterusan terhadap perlaksanaan program pendidikan
di
peringkat daerah
- Mengkoordinasikan maklumat berkenaan kemajuan pendidikan peringkat
daerah dan menyalurkan kepada pihak-pihak berkenaan
- Memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah di daerah ini
dikendalikan mengikut peraturan, prosedur dan tatacara Kementerian
Pelajaran Malaysia, Perbendaharaan dan Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan
- Menjadikan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) sebagai strategi utama
dalam pembentukan iklim sekolah yang kondusif bagi pengajaran
dan
pembelajaran
- Membimbing dan membantu sekolah menguruskan kes-kes salahlaku pelajar
serta membantu meningkatkan tahap disiplin pelajar