1. Bentuk
Atap
- Pelindung atau sebagai penaung perjalanan proses
Pengajaran dan Pembelajaran
2. Mata Pena
- Berfokus sebagai alat untuk merakamkan maklumat
atau data pendidikan di daerah Kuala Pilah
3. Buku
- Melambangkan kesucian ilmu yang diamalkan secara
berterusan
4. Rehal / Tapak Buku
- Melambangkan fungsi warga pendidik yang mendukung
ilmu secara berterusan
5. Huruf PPD KP
- Singkatan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah
6. Maksud warna
a. Biru - harmoni, mesra dan kasih sayang
b. Kuning - Kental dan kuat
c. Hitam - Mendukung cita-cita
d. Merah - Bersemangat tinggi
7. Rumusan Maksud Logo
- Pejabat Pelajaran Kuala Pilah berfungsi sebagai penaung atau pelindung kepada perkembangan
pendidikan di daerah Kuala Pilah, mempastikan kesucian ilmu yang diamalkan secara berterusan oleh warga pendidik yang mempunyai
semangat dan kekuatan yang kental dan sentiasa mengamalkan Falsafah Pendidikan Negara.